Thursday, December 19, 2013

The Result...

Hokay, Assalamualaikum and hye kpd awak, awak, dan awak. Oh, dan juga awak!

haha.. entah siapa entah awak2 sekalian tu. well, saya tahu saya blogger pemalas dan awak juga sedia maklum jadi, oleh itu silalah jangan pelik bila tengok bilangan entry di belog ini, ya. huhh, apa jadah tetiba nak main bahasa saya-awak nii? haha..

okey, kembali kepada tajuk asal. seperti kalian sedia maklum, hari ni bertarikh sembilanbelas disember dua-kosong-satu-tiga. haha, loadinglah kau nak baca tarikh yg V tulis ni. dan pada tarikh ini, pelajar2 yang telah menduduki peperiksaan yang bernama Peperiksaan Menengah Rendah atau nama kontotnya, PMR pada bulan sepuluh yang lalu akan mengetahui keputusannya. so, dengan ini, saya, V (bukan nama sebenar), ingin memaklumkan saya telah mendapat 8A. Wohoo!! sila jangan tepuk tangan lagi. kenapa? engko dah lupa ke aku hamek 9 subjek? kau nak tahu lagi satu subjek yang tak dapat a tu apa? hahaha.. biarlah rahsia dulu.

Pagi tadikan, memang V bangun awallah. pukul enam. sebab nak solat subuh. pastu tido balek. tapi, set alarm kat phone pukul 8 sebab V rancang dengan girlfriends V nak pergi pukul 9 although mama terchenta yang juga seorang guru sekolah menengah ada bagitahu kemungkinan akan dpt result pada jam 11.30 lebih cemtulah sebab nak tunggu result sampai sekolah drpd PPD tu lagi, cikgu nak asing2kan ikut kelas lagi. banyak proses. hape engo pikir senang2 gitu aje dapatnya? tidak semudah itu..

Masa dah sampai sekolah tu, kitorang borak2 ah banyak2. almaklumlah, dah lama tak jumpa. banyaklah story nak sharenya. yes, itulah motif kami pergi sekolah awal-awal :D orang lain suma sibuk menyatakan rasa nervous masing2. tapi, V tak rasa gitu pungg. malah lagi curious nak tahu. eksaited toksah citerlah. memang tersangat-sangat-sangat-sangat excited! sebelum masuk dewan nak amek result tu, dah ada orang tahu dulu dah result diorang. diorang guna khidmat SMS tu lah. okey, bla..bla..bla... kitorang cakapcakap kosong. lepastu, tiba2 kami tengok orang dah pakat masuk dewan. kitorang pun join jelah masuk dewan. dah nak start gamaknya?

Dalam dewan, V dengan kengkawan suma dah beratur depan meja yang ada guru kelas. fikir dah boleh ameklah. well, kami ni takdak pengalaman amek result. UPSR dulu amek dalam kelas je. x feel. lepastu, tetiba cikgu suruh beratur dekat depan dewan. hek eleh! lepastu, guru besar ada cakapcakap sikit. nasib dia cakap tak banyak. dia ada bagitahu yang sekolah kitorang ni sekolah terbaik daerah sini. ada 68 orang sraight As. sepuluh org 9A, empat org 7A. yg lapan A tu, diharap kalian bilanglah sendiri. point sekolah kitorang, dua point berapa entah? tapi, terlebih luluslah utk point lulus daerah punya. time tu terasa kembanglah dada. sekolah gua, ni!

Lepas guru besar habis cakapcakap, cikgu umumkan 68 org pelajar tu. time nama2 9A dipanggil, neves gak ah tunggu nama gua yang sekerat ni dipanggil walaupun dah pasti takkan ada. dan nama terakhir yang dipanggil, bukanlah nama V. kuciwa jugaklah. tapi, nak buat macam mana, kan? what u give, u get back. V belajar pun acah2 gitu, takkanlah result nak gempak pulak, kan? memang tak ah! melainkan kalau itu dah memang rezeki. time suma nama 68 tu dah dipanggil, nama2 yang tak dipanggil pun berdesup menuju ke meja guru kelas masing2. V sampai2 je dekat meja cikgu V, terus 'sapa' cikgu tu. "Cikgu, cikgu. Kertas saya mana?" hahaha, mesra tak 'sapaan' V tu? alah, bukan V sorang. yang lain pun suma cenggitu ja. serupa. lepastu ada cikgu tu cakap, kena tanda tangan dulu sebelum amek slip. V terus capai kertas tanda tangan dan pen yang disediakan lepas aje classmate V tu siap. kenalah cepat2 sebelum org lain amek, kan? nanti lagi lambat pulak. lagi curious!

Nasib baik nama V depan2, sng sikit cikgu tu nak cari. time cikgu tengah belek2 slip tu semua nk cari nama, V terus stopkan cikgu tu bila jumpa nama V. tengok je kertas tu, V tergamam. daripada ats, semuanya A! wow.. tak sangka gua sepandai ni! tapi, mulut V terus melopong. rahang mencecah tanah. seekor lalat tak sempat masuk sebab memang tak ada lalat dekat dalam dewan tu. V terkezut gilagila babun bila tengok subjek dekat bawah sekali tu. what? C?! sumpah, tergamam! kalau B tu, tak apalah jugak. ni, C. C? kidding me? terkilan.

V terus keluar dewan. niatnya nak call sang ratu hati bonda tercinta. time tu takda rasa apa dah selain terkilan dan puas hati. V dah janji dekat diri tanak nangis macam masa UPSR dulu. sebab V rasa macam cengeng sangat2 setiap kali menangis depan orang. hatta depan family pun. tapi, janji hanya tinggal janji. lansung tidak ditepati. V nangis jugak time bagitahu C tu. suara bergetar gilos! rasa bersalah memukul dada. V berdiri menghadap tiang. time menangis tu memang gaya V cool habis ah! lengan sebelah kiri letak dekat tiang tu paras2 kepala, kepala tunduk sikit, tangan kanan memegang phone tersayang. huu.. terasa diri ini macho! tapi, V nangis sekejap je. lepas bagitahu V punya, V bagitahu bestfriends punya pulak. daripada 6 org bestfriends V, 4 orang straight. sorang 8A, 1B. sorang lagi 6A, 3B. dan V, 8A, 1C. pastu, mak V pujuk2 skit. lepas matikan talian tu, V masuk dewan balek cari girlfriends yang ditinggalkan sebentar.

Masuk2 je, terus diorang tanya result V. ada yang cakap, V tak nangis pun although result gitu. haha.. dia tak tahu V nangis jugak tadi. cuma, sekejap je sebab tu tak ada kesan rupa mcm nangis. lagipun, V ni kulit sawo matang versi cerah sikit so, memang tak lah nak nampak merah2 muka hidung suma tu. ada salah sorg girlfriend V yg straight A ni ada ckp, dia respect dgn V. dekat wasep dia kata "Tadi aq respek kau. Relax je dpt terima dgn redha! Good job budak awesome" itulah katanya. wehh, dia akui gua budak awesome! kau ado? haha, kidding ;D

Lepastu, V call sazah yang ajar Bahasa Arab. nak say sorry sebab dpt C. time tu pun nangis masa bagitahu dapat C. bersalah gila, woo! lepastu dia pujuk2 sikit. dia cakap nnt pegilah check balik, semak semula. pastu, dia tanya sikit2 classmate V yang lain.

err.. ekculi V dah letih nak menaip ni. nanti2 kalau V rasa nak, V sambung balik cerita bosan ni. sila jangan menyampah, ya. huu.. kbai.

Assalamualaikum!

No comments: