assalamualaikum, and hyee~
pertama sekali, saya pada masa kini amat... arr.. mintak maaf. err.. kerana dah lama giloss tak post entry. ya, entry pasal lps PMR, bila dah habis sekolah. ekculi, V ni bukannya apa. malas jee. hee~ jangan marah!
so, bagi menebus kesalahan, V akan story balek sume yang V miss nk citer kayh! err.. dan seperti biasa, xtau nak start dari mana. huhu..
okey! *baru tau nak mulakan cerita* lps PMR haritu, kan. masa hari.. errr... hari sebelum habis PMR tulah (x igt tarikh), org lain yg sedewan ngn kls V sumanya dah happy. over the moon-lah bak kata omputih, kan. tapi, budak2 kelas V, kalau tengok, huhh.. boleh buat jeruk! tapi, jeruk basi jelah. sebab muka tak masam, toya jee.
yelah, org lain semua dah habis paper. kami kat sini ni haa, masing2 melangut menongkat dagu sambil memikirkan paper Arab esok harinya. dan V berkata dalam hati, "Takpe lah. orang lain semua dah happy2 sebab diaorang dah tak ada exam lepas ni. Tapi, kau belum boleh happy macam diaorang sebab matapelajaran extra ordinary kau tu. Tapi..! oleh kerana matapelajaran extraordinary kau tu jugaklah yang akan meng-extra-ordinary-kan result kau. matapelajaran tu mungkin akan tolong kau lepas ni. Who knows, right?" ya, ayat nak sedapkan hati je teww!
keluar2 je dewan, V ngn geng2 sume cakap pasal paper arab esoknya. lepastu ada yg mengungkit kata2 cikgu beberapa hari sblm exam, "cikgu cakap lepas habis exam, kita boleh gelak puas2. hah, yg lain dah boleh gelak guling2, kita ni.. huhh.. nak kena tunggu esok. mana feel dah. just tinggal kita2 ni aje. kelas kita ni je. tak best-lah gitu," dan sebenarnya, ayat tu hanya rekaan V semata-mata. hahaha.. mana V ingat dahh -,- lamo dah tuu. dahlah lepas je exam tu, V terus balun asam berbalang-balang. memang pelupalah jawabnya, kann!
okey, habis citer lepas exam yg V dah tak berapa nak ingat tu. tp, yg plg V igt. esok harinya (hari paper arab dan bahasa2 ibunda bangsa lain yg ada kat malaysia), kls lain semua dpt cuti. tggl kelas 3alfarabi (nama kelas V) je yg nk kne gosok baju pepagi, pegi jejak kat sekolah, dan jawab exam. dahlah bukan bahasa ibunda. nasib baik bahasa syurga. ada jugak ayat penyedap hati
oh, korang nak tahu tak? lepas je PMR tu, hari yg V dtg sekolah boleh dikira dgn jari aje. hahaha.. ya, sgt heaven wktu itu! tapi, malangnya, mse minggu last sekolah (bg bdk PMR), V xtau pun khamis tu last. so, kemalasan mula menghasut dan terkilan menyerang esok harinya. sebab? well, khamis tu V dah tak sekola sbb igtkan Jumaat yg hri last. tpi, rupa2nya salah sama sekali tekaan V itu. sumpah, terkilan gilaa!
V baru terfikir nak jadi budak jahat mse hari last sekolah. alah, bukan jahat mana pun. nk bawak phone je. snap pic with my besties. now, baru V rasa betapa nikmatnya pergi sekolah. boleh jumpa kengkawan, lepaking, gossiping, usyar-ing crush. huhh.. *mengeluh buat kesekian kalinya* bila fikir-fikirkan balik, V rasa nak nangis pun adoo! waaaaaaaaaa!!!!!!!! mengapalah aku harus ikut kata nafsu yang menghasut ke arah kemalasan hari tu??!!! seriously, menyesal tak sudah! but, apa boleh buat, kan? benda dah jadi pun. takdir..
tapi, kepada sesiapa yg terbaca post entahapa-apa dekat blog yg mengarut ni, V nak pesan, hargailah masa anda. jangan pernah sia-siakan. masa itu amat berharga. jgn jadi mcm V ni haa..
skrg ni V dah serupa penganggur terhormat. duk rumah bukan buat apa pun. tidur (dahlah bangun lewat), online, novel, makan, kartun, sinetron, usik adik2, dgr bonda sang ratu hati tu berleter. hah, tu jelah. sumpah bosan! benda tak berpekdah pun.
time ni barulah V rasa rindu nak pergi sekolah. rasa menyesal pulak selalu berangan-angan nak buat2 sakit supaya dpt cuti. sumpah, V rindu nak buat semua bnda yg selalu V buat kat sekolah. V rndu nak duduk kat tmpt V yg kt blkg sekali tu. rndu nak karok ngn kwn V yg hanya akan digelar Y dan Z. hahaha, ya, dlm gang V, kami bertiga memang kuat karokk. tp, pelan2 jelah. suara wanita itu aurat. V rndu nak bergedik ngn bff V. rndu nk peluk diorg dari blkg. rndu nk tidur dlm kelas. rndu nak makan dlm kelas gara2 x cukup masa rehat (sebab biasanya time rehat V suka makan dua burger. dahlah dua, smbil makan tu geng2 V ni xpenah nak senyap. asek bercakap aje. kitorg pun suka buat lawak time makan. lagi2 bila ada org tgh nk minum. time tulah plg best nak buat lawak! hahaha, ya, kami cuma nakal, bukan jahat). V jugak rndu nk bermanja and jalan sambil duduk bawah ketiak kawan V yg hanya akan digelar N. sebab dia lagi tggi drpd V. so, smbil jln tu, V amek tgn dia lepastu letak kat atas bahu. smbil jln tu, V gentel2, main2 jari dia yg tergantung kat bahu V. hahaha.. V rindu sesangat waktu2 tu :'( kalau boleh, V nak kmbali ke masa lalu and bagitahu V yg ada pd wktu tu utk manfaatkan masa2 tu.
hmm.. okeylah, dah lenguh2 bahu ni. dada pun dah sebak gilaa! next entry, V igt nk citer pasal bestfriends V pulak :D nak ungkit balik pasal persahabatan kami yg unik ni. hahaha.. so,
babai and assalamualaikum~!
No comments:
Post a Comment