Thursday, December 19, 2013

The Result...

Hokay, Assalamualaikum and hye kpd awak, awak, dan awak. Oh, dan juga awak!

haha.. entah siapa entah awak2 sekalian tu. well, saya tahu saya blogger pemalas dan awak juga sedia maklum jadi, oleh itu silalah jangan pelik bila tengok bilangan entry di belog ini, ya. huhh, apa jadah tetiba nak main bahasa saya-awak nii? haha..

okey, kembali kepada tajuk asal. seperti kalian sedia maklum, hari ni bertarikh sembilanbelas disember dua-kosong-satu-tiga. haha, loadinglah kau nak baca tarikh yg V tulis ni. dan pada tarikh ini, pelajar2 yang telah menduduki peperiksaan yang bernama Peperiksaan Menengah Rendah atau nama kontotnya, PMR pada bulan sepuluh yang lalu akan mengetahui keputusannya. so, dengan ini, saya, V (bukan nama sebenar), ingin memaklumkan saya telah mendapat 8A. Wohoo!! sila jangan tepuk tangan lagi. kenapa? engko dah lupa ke aku hamek 9 subjek? kau nak tahu lagi satu subjek yang tak dapat a tu apa? hahaha.. biarlah rahsia dulu.

Pagi tadikan, memang V bangun awallah. pukul enam. sebab nak solat subuh. pastu tido balek. tapi, set alarm kat phone pukul 8 sebab V rancang dengan girlfriends V nak pergi pukul 9 although mama terchenta yang juga seorang guru sekolah menengah ada bagitahu kemungkinan akan dpt result pada jam 11.30 lebih cemtulah sebab nak tunggu result sampai sekolah drpd PPD tu lagi, cikgu nak asing2kan ikut kelas lagi. banyak proses. hape engo pikir senang2 gitu aje dapatnya? tidak semudah itu..

Masa dah sampai sekolah tu, kitorang borak2 ah banyak2. almaklumlah, dah lama tak jumpa. banyaklah story nak sharenya. yes, itulah motif kami pergi sekolah awal-awal :D orang lain suma sibuk menyatakan rasa nervous masing2. tapi, V tak rasa gitu pungg. malah lagi curious nak tahu. eksaited toksah citerlah. memang tersangat-sangat-sangat-sangat excited! sebelum masuk dewan nak amek result tu, dah ada orang tahu dulu dah result diorang. diorang guna khidmat SMS tu lah. okey, bla..bla..bla... kitorang cakapcakap kosong. lepastu, tiba2 kami tengok orang dah pakat masuk dewan. kitorang pun join jelah masuk dewan. dah nak start gamaknya?

Dalam dewan, V dengan kengkawan suma dah beratur depan meja yang ada guru kelas. fikir dah boleh ameklah. well, kami ni takdak pengalaman amek result. UPSR dulu amek dalam kelas je. x feel. lepastu, tetiba cikgu suruh beratur dekat depan dewan. hek eleh! lepastu, guru besar ada cakapcakap sikit. nasib dia cakap tak banyak. dia ada bagitahu yang sekolah kitorang ni sekolah terbaik daerah sini. ada 68 orang sraight As. sepuluh org 9A, empat org 7A. yg lapan A tu, diharap kalian bilanglah sendiri. point sekolah kitorang, dua point berapa entah? tapi, terlebih luluslah utk point lulus daerah punya. time tu terasa kembanglah dada. sekolah gua, ni!

Lepas guru besar habis cakapcakap, cikgu umumkan 68 org pelajar tu. time nama2 9A dipanggil, neves gak ah tunggu nama gua yang sekerat ni dipanggil walaupun dah pasti takkan ada. dan nama terakhir yang dipanggil, bukanlah nama V. kuciwa jugaklah. tapi, nak buat macam mana, kan? what u give, u get back. V belajar pun acah2 gitu, takkanlah result nak gempak pulak, kan? memang tak ah! melainkan kalau itu dah memang rezeki. time suma nama 68 tu dah dipanggil, nama2 yang tak dipanggil pun berdesup menuju ke meja guru kelas masing2. V sampai2 je dekat meja cikgu V, terus 'sapa' cikgu tu. "Cikgu, cikgu. Kertas saya mana?" hahaha, mesra tak 'sapaan' V tu? alah, bukan V sorang. yang lain pun suma cenggitu ja. serupa. lepastu ada cikgu tu cakap, kena tanda tangan dulu sebelum amek slip. V terus capai kertas tanda tangan dan pen yang disediakan lepas aje classmate V tu siap. kenalah cepat2 sebelum org lain amek, kan? nanti lagi lambat pulak. lagi curious!

Nasib baik nama V depan2, sng sikit cikgu tu nak cari. time cikgu tengah belek2 slip tu semua nk cari nama, V terus stopkan cikgu tu bila jumpa nama V. tengok je kertas tu, V tergamam. daripada ats, semuanya A! wow.. tak sangka gua sepandai ni! tapi, mulut V terus melopong. rahang mencecah tanah. seekor lalat tak sempat masuk sebab memang tak ada lalat dekat dalam dewan tu. V terkezut gilagila babun bila tengok subjek dekat bawah sekali tu. what? C?! sumpah, tergamam! kalau B tu, tak apalah jugak. ni, C. C? kidding me? terkilan.

V terus keluar dewan. niatnya nak call sang ratu hati bonda tercinta. time tu takda rasa apa dah selain terkilan dan puas hati. V dah janji dekat diri tanak nangis macam masa UPSR dulu. sebab V rasa macam cengeng sangat2 setiap kali menangis depan orang. hatta depan family pun. tapi, janji hanya tinggal janji. lansung tidak ditepati. V nangis jugak time bagitahu C tu. suara bergetar gilos! rasa bersalah memukul dada. V berdiri menghadap tiang. time menangis tu memang gaya V cool habis ah! lengan sebelah kiri letak dekat tiang tu paras2 kepala, kepala tunduk sikit, tangan kanan memegang phone tersayang. huu.. terasa diri ini macho! tapi, V nangis sekejap je. lepas bagitahu V punya, V bagitahu bestfriends punya pulak. daripada 6 org bestfriends V, 4 orang straight. sorang 8A, 1B. sorang lagi 6A, 3B. dan V, 8A, 1C. pastu, mak V pujuk2 skit. lepas matikan talian tu, V masuk dewan balek cari girlfriends yang ditinggalkan sebentar.

Masuk2 je, terus diorang tanya result V. ada yang cakap, V tak nangis pun although result gitu. haha.. dia tak tahu V nangis jugak tadi. cuma, sekejap je sebab tu tak ada kesan rupa mcm nangis. lagipun, V ni kulit sawo matang versi cerah sikit so, memang tak lah nak nampak merah2 muka hidung suma tu. ada salah sorg girlfriend V yg straight A ni ada ckp, dia respect dgn V. dekat wasep dia kata "Tadi aq respek kau. Relax je dpt terima dgn redha! Good job budak awesome" itulah katanya. wehh, dia akui gua budak awesome! kau ado? haha, kidding ;D

Lepastu, V call sazah yang ajar Bahasa Arab. nak say sorry sebab dpt C. time tu pun nangis masa bagitahu dapat C. bersalah gila, woo! lepastu dia pujuk2 sikit. dia cakap nnt pegilah check balik, semak semula. pastu, dia tanya sikit2 classmate V yang lain.

err.. ekculi V dah letih nak menaip ni. nanti2 kalau V rasa nak, V sambung balik cerita bosan ni. sila jangan menyampah, ya. huu.. kbai.

Assalamualaikum!

Tuesday, November 19, 2013

saya budak lepasan PMR!

assalamualaikum, and hyee~

okey, dear future me...
     pertama sekali, saya pada masa kini amat... arr.. mintak maaf. err.. kerana dah lama giloss tak post entry. ya, entry pasal lps PMR, bila dah habis sekolah. ekculi, V ni bukannya apa. malas jee. hee~ jangan marah!

 so, bagi menebus kesalahan, V akan story balek sume yang V miss nk citer kayh! err.. dan seperti biasa, xtau nak start dari mana. huhu..

okey! *baru tau nak mulakan cerita* lps PMR haritu, kan. masa hari.. errr... hari sebelum habis PMR tulah (x igt tarikh), org lain yg sedewan ngn kls V sumanya dah happy. over the moon-lah bak kata omputih, kan. tapi, budak2 kelas V, kalau tengok, huhh.. boleh buat jeruk! tapi, jeruk basi jelah. sebab muka tak masam, toya jee.

yelah, org lain semua dah habis paper. kami kat sini ni haa, masing2 melangut menongkat dagu sambil memikirkan paper Arab esok harinya. dan V berkata dalam hati, "Takpe lah. orang lain semua dah happy2 sebab diaorang dah tak ada exam lepas ni. Tapi, kau belum boleh happy macam diaorang sebab matapelajaran extra ordinary kau tu. Tapi..! oleh kerana matapelajaran extraordinary kau tu jugaklah yang akan meng-extra-ordinary-kan result kau. matapelajaran tu mungkin akan tolong kau lepas ni. Who knows, right?" ya, ayat nak sedapkan hati je teww!

keluar2 je dewan, V ngn geng2 sume cakap pasal paper arab esoknya. lepastu ada yg mengungkit kata2 cikgu beberapa hari sblm exam, "cikgu cakap lepas habis exam, kita boleh gelak puas2. hah, yg lain dah boleh gelak guling2, kita ni.. huhh.. nak kena tunggu esok. mana feel dah. just tinggal kita2 ni aje. kelas kita ni je. tak best-lah gitu," dan sebenarnya, ayat tu hanya rekaan V semata-mata. hahaha.. mana V ingat dahh -,- lamo dah tuu. dahlah lepas je exam tu, V terus balun asam berbalang-balang. memang pelupalah jawabnya, kann!

okey, habis citer lepas exam yg V dah tak berapa nak ingat tu. tp, yg plg V igt. esok harinya (hari paper arab dan bahasa2 ibunda bangsa lain yg ada kat malaysia), kls lain semua dpt cuti. tggl kelas 3alfarabi (nama kelas V) je yg nk kne gosok baju pepagi, pegi jejak kat sekolah, dan jawab exam. dahlah bukan bahasa ibunda. nasib baik bahasa syurga. ada jugak ayat penyedap hati

oh, korang nak tahu tak? lepas je PMR tu, hari yg V dtg sekolah boleh dikira dgn jari aje. hahaha.. ya, sgt heaven wktu itu! tapi, malangnya, mse minggu last sekolah (bg bdk PMR), V xtau pun khamis tu last. so, kemalasan mula menghasut dan terkilan menyerang esok harinya. sebab? well, khamis tu V dah tak sekola sbb igtkan Jumaat yg hri last. tpi, rupa2nya salah sama sekali tekaan V itu. sumpah, terkilan gilaa!

V baru terfikir nak jadi budak jahat mse hari last sekolah. alah, bukan jahat mana pun. nk bawak phone je. snap pic with my besties. now, baru V rasa betapa nikmatnya pergi sekolah. boleh jumpa kengkawan, lepaking, gossiping, usyar-ing crush. huhh.. *mengeluh buat kesekian kalinya* bila fikir-fikirkan balik, V rasa nak nangis pun adoo! waaaaaaaaaa!!!!!!!! mengapalah aku harus ikut kata nafsu yang menghasut ke arah kemalasan hari tu??!!! seriously, menyesal tak sudah! but, apa boleh buat, kan? benda dah jadi pun. takdir..

tapi, kepada sesiapa yg terbaca post entahapa-apa dekat blog yg mengarut ni, V nak pesan, hargailah masa anda. jangan pernah sia-siakan. masa itu amat berharga. jgn jadi mcm V ni haa..

skrg ni V dah serupa penganggur terhormat. duk rumah bukan buat apa pun. tidur (dahlah bangun lewat), online, novel, makan, kartun, sinetron, usik adik2, dgr bonda sang ratu hati tu berleter. hah, tu jelah. sumpah bosan! benda tak berpekdah pun.

time ni barulah V rasa rindu nak pergi sekolah. rasa menyesal pulak selalu berangan-angan nak buat2 sakit supaya dpt cuti. sumpah, V rindu nak buat semua bnda yg selalu V buat kat sekolah. V rndu nak duduk kat tmpt V yg kt blkg sekali tu. rndu nak karok ngn kwn V yg hanya akan digelar Y dan Z. hahaha, ya, dlm gang V, kami bertiga memang kuat karokk. tp, pelan2 jelah. suara wanita itu aurat. V rndu nak bergedik ngn bff V. rndu nk peluk diorg dari blkg. rndu nk tidur dlm kelas. rndu nak makan dlm kelas gara2 x cukup masa rehat (sebab biasanya time rehat V suka makan dua burger. dahlah dua, smbil makan tu geng2 V ni xpenah nak senyap. asek bercakap aje. kitorg pun suka buat lawak time makan. lagi2 bila ada org tgh nk minum. time tulah plg best nak buat lawak! hahaha, ya, kami cuma nakal, bukan jahat). V jugak rndu nk bermanja and jalan sambil duduk bawah ketiak kawan V yg hanya akan digelar N. sebab dia lagi tggi drpd V. so, smbil jln tu, V amek tgn dia lepastu letak kat atas bahu. smbil jln tu, V gentel2, main2 jari dia yg tergantung kat bahu V. hahaha.. V rindu sesangat waktu2 tu :'( kalau boleh, V nak kmbali ke masa lalu and bagitahu V yg ada pd wktu tu utk manfaatkan masa2 tu.

hmm.. okeylah, dah lenguh2 bahu ni. dada pun dah sebak gilaa! next entry, V igt nk citer pasal bestfriends V pulak :D nak ungkit balik pasal persahabatan kami yg unik ni. hahaha.. so,
babai and assalamualaikum~!

Friday, July 19, 2013

Demam..

Assalamualaikum and hyee~

*tekup hidung dengan tisu* *hembus-hembus*
ahh.. lega~

"Ahh.. tak senonoh, engko ni V. eii, apa punya anak daralah,"

haha, lek-lek. watlek watpeace, yaww! dah nama pun org demam, enn? ginilah rupanya.

ehh, jap jap..

W A I T T T ! !

*check entry sblm ni*

ehh, lama gilaaa V tak hapdet blog ni. last skali mse paksu V nak kawen tu. smpai dh jadik pengantin lama dah paksu V tu, tak habis2 lg citer tu. oklah, meh V citerkan summary-nya hingga ke penghujung.

~ Okey... Baiklah... Iya... Alkisahh... Begini ceritanya...

"Woii, V! Sampai bila ko nak terus gini? banyak beno dolak-dalihnya. letih aku membaca,"

okok.. actually V x tau nak start dari mana nii. so... ahh, gasaklah!

So..Macam ni citernya. malam tu, time nak buat persiapan akhir(agaknyalah. V pun dah x ingat. lamo sgt dahh), finally ada org request pertolongan V. tolong apa? tolong tengoklah! kahkahkah..

*krik-krik*

okey, tak lawak -,-

V tolong masukkan apa yang patut ke dalam beg kertas giveaway tu. lepastu kannnnnnnnn............. ank kpd pupu V yang hensem tu pun ada skali. sukalah, woii! tapikann, walaupun V suka, mana boleh tunjukkan sengihan suka tew. nampak kebeno miangnya. so, V pun nangeshh.. siap mengalir air mata, woo! betull, tak tipu! hahaha.. percaya letew V nangesh. manadalahh!! tapi, tang mengalir air mata tu, memang betul. sebab kitorang (V, adk, kezen, ngn pupu hensem V tu) buat keja dkt sblh org kopek bawang. ehh, bukan takde tmpt lain dah tpi, mmg dah tkde tmpt strategik lain dahh. kat ruang tamu tu, ada org pasang pelamin, kat dapur, org masak-masak. kat luar pun org masak-masak. kat atas.... malaslah nak naik. nak pndh brg lagi. "Jamban?" kat jamban,... ehh? nak kena sumbat dgn selipar jamban? gilo apo? tak senonoh betui.

tapikan... pupu hensem tu bukan crush V punn, just abg dia je. tapii, abg dia pun bleh tahan hensemnya, youu!! haha, gataii..

lepastukann, besok harinya V jadik gadis air. V-lah tukang pergi-balek nak tuang air. heish, muka sikit punya cun, baju pun dah lawaa, tapi jadik tukang bawak air jee. tak patut-tak patut.. dahlah naseb V dgn air tak penah nak baik. drpd kecik lagi. tapi, haritu air tu baek dgn V, tawh. tak tumpah punn! ya, satu kemajuan. sila tepuk tangan. *krik-krik*  -,-" k, pape jelah.

nak tahu si crush tu buat apa? dia, abg dia yg hensem tu, abg kpd kezen V yg sebaya dgn adk V tu, ngn abg V jadik kuli je. jadik tukang basuh pinggan-cawan. hahaha, kesiann.. tapii! walau apapun, ke-kacak-kan dia tak penah tercalar *sengih miang* hahaha... lek, lek. jgn muntah. tahan.. wktu V ulang-alik tu, ingat nak curik2 tgk muka dia. tapii,... seganlahh aii.. hikhik

ehh, terlajak citer banyaklah pulak. haii.. judul lain, isi lain. lari tajuk betul -,-

"Tulahh, engko V. Summary konon. Pigidahh!"

ehh, tengokk!! tiba-tiba ada nyamuk pulak dua ekor. tadi sekor aje.

"Tukar topiklah tu,"

hahaha, manade lah. nak masuk tajuk baleklah nii.

ehem..! *kruk-kruk* (letup2kan jari- jemari Saleh V)

korang tahu tak? ada sorang cikgu V ni kan, dri awal tahun lagi dia ada pesan suruh jaga kesihatan. katanya, "sebab makin dekat peperiksaan besar dengan kita, makin banyaklah penyakit yang nak datang bertempek dengan kita" hah, lebih kurang gitulah ayatnya. tpi ni V just olah versi V sebab tak igt ayt pnuhnya. hehe..

tapi... malang beribu kali malangg (malang yg bererti nasib buruk ,eh. bukan nme tmpt kat indonesia tuu).. V ter-ignore-kan ingatan tulus ikhlas ibu guru itu sebab kunun white blood cell V ni teror plus handal. konon! cehh.. konon sungguh! sekarang kau tgk, V. kau tengok apa jadik dengan diri kau. *pergi depan cermin, tenung atas bawah*

"hmm.. takde apapun yang berubah melainkan kulit aku yang dulunya putih sikit drpd kopi susu, berubah jadik sama kaler dgn susu (cehh, hiperbola!) dgn muka aku yang makin kiut-miut-comel-berseri,"

"Haishh.. itu memanglah betul, lagi tak dinafikan. tapi, sekarang ni kau asek tak sehat je kan? kejap-kejap pening pale, kejap-kejap demam"

*potong ayat* "eleh, kejap-kejap je pun. bukannya lama-lama. kira naseb baik tuu,"

"Ehh, saddap you! Belum habis cakap lagi. Lepastu selesema. Hidung tu haa.. asek berair je. Dahlah hingus yang kua tu cair, tak bagi warning bila nak kua. Main aci redah ikut suka kepala dia je. Nak kata dia ada kepala, tak adalah pulak. Karang dibuatnya dia kua menjenguk sama nak tengok crush ko yang macho tu, tak ke naya? Malu, woii. Maluu!!"

"haiz.. yelohh.. tadikan dah pergi klinik beli ubat. nanti baiklah tu"

"Kalau setakat beli je tapi tak makan? Boleh baiklah macam tu?" tiba-tiba ayat yang selalu ibuku putarkan itu bergema dalam kepala otakku yang sedang pening-pening bingung ini.

err...

..........*speechless*..........

"alahh.. sahur nanti aku makanlah obat tu. risau sangat. kau makin demam, makin kuat bebel yang tah pape kan, V,"

"Yelahh, mana tak risaunya? Besok kalau kau demam lagi, cemana kau nak hantar folio sejarah? Dahlah due date makin dekat,"

erkk, ALAMAKK! folio aku tak siap lagiiiii!!!! ergh, bencinya nak buat folio! haish, ni yg rasa nak masuk tajuk baru ni. berkenaan ke-tak-suka-an seorang V kepada benda alah yang bernama folio. tapikann... V rasa sudah cukup sampai di sini saja entry V kali ni. next week nak trial dah. so, siap-siapkan bnda alah yang tgh diusahakan ni, then bolehlah 'bersuka-ria' dgn bku2 teks, rujukan, latihan, etc. =..=

so...

Assalamualaikum, and babai~

Sunday, June 02, 2013

Paksu nak kawenn :D

Assalamualaikum and hyee~!

heihei, awokk2 sekalian. nampak itu title? hah? tak nampak? ape ke bute engko ni? hahah.. yeah, kidding, mann! well, as u see the title, pasti kalian tertanya2 siapakah gerangan paksu V tu? kalau uolls nak tau, dia ialah Izzue Islam. yeah.. pelakon yang kiut-miut plus hensem plus yang menjadi kegilaan ramai gadis semalaya tulahh.

ha'ah.. yee.. betullah tu. V tipu je. hahaha.. Lu kena, beb! wo.....yeahh!!!

well, tapi betullah yang paksu V nak kawen. and disebabkan tu V balek kampung pada hari jumaat yang lalu bersamaan sehari sebelum 1 Jun. kenapa sebelum 1 Jun? sebab paksu V nak kawen 1 Jun tu lah, kawan! itu pun x tau. haha, kidding jelah. alalalah.. nak majok letew. ape? fikir V nak pujuk ah? wait, let me think................. NO! hahah.. memang tak ah V nak pujuk. tak kuasa. buang karan sajee

"Eleh, fikir aku hadap sangatlah nak suruh kau pujuk? Tak heranlah!"

eleh, V pun tak heranlah! "kesah pulaak?" bak kata adk V.

so, yeahh.. seperti yang kamu, kamu, dan kamu sedia maklum, V pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat sebelum Sabtu yang lalu untuk sama2 memeriahkan majlis perkahwinan paksu V.

"Wehh, V. Kau mabuk, eh? Jumaat memanglah sebelum Sabtu,"

ehh, diaam kamu! biarkan hanya aku yang berbicara di sini.

ehem... *sambung* tapi, yg masa hari sabtu tu, majlisnya sebelah perempuan. yelah, dah memang majlis kawen dan akad dekat bumi Malaysia ni sebelah perempuan dulu, kan. adat, babe. itu tak payah nak tanya V, korang tanyalah kepada orang yang lebih arif pasal adat2 ni. bila majlis sebelah lakinya? haa! kalau nak tahu, majlis sebelah lakinya adalah dua hari selepas majlis sblh perempuan a.k.a hari Isnin yakni besok lahh. and nak tahu sesuatu lagi? tanak tahu, tak payah baca! kalau nak tahu, V lansung x membantu apa2 utk persiapan majlis ni. ehh, mana ada V malas, dohh! just.. V tak tau nak tolong apa? dah banyak kali V tayang muka dekat dapur sono tu, tapi memandangkan jasa V x diperlukan cuz tadek sorang macik pun mntak tolong V, apa lagi V nak tercongok kat situ? V blah jelah. lagipun, V ni bukan org dapur. gadis metroseksuallah katakan. hehe..

memula terfikir jugak V nak menawar bantuan. yelah, mana tau kalau2 ada macik yang butuhkan bantuan V, tapi segan nak mntak tolong ank org, kan? tapi....., bila tengok je muka macik2 tu, terus V telan balek ayat yang nak terkeluar daripada kerongkong comel V yang berbunyi, "need some help?" tu. sebab apa? yalah, muka macik tu masing2 ketat2 belaka. naik seram V. V ni bukannya boleh bila tengok muka orang yang ketat2 ni, gerun, woo!

V rasa, kan? entahlah? V rasa org kpg V ni mmg x mesra alam kut dgn ank2 muda. well, jiwa muda-mudi dengan jiwa tua-tui kan x penah ngam. V yg tengah kebosanan tahap petala ni pun ajak ah adk ngan adk sedara V yang sebaya a.k.a muda 3 tahun drpd V ni  kuar jejalan (yup, kt kpg sblh ayh ni V gang ngan budak2 je. sebab V lah ank dara plg besar kat sini). tak jauh pun. sbb kpg V ni byk jalan. V bukannya reti sgt nak agak jarak kenderaan bermotor sblm melintas ni. karang ada je budak sekolah menengah yang mati katak gara2 x reti melintas. waduh, malu wei!

tapi, takpa! malam nanti V nak tolong kemas rumah plus masukkan bnda2 yg patut dlm beg kertas yang bakal diberi kepada tetamu yang hadir besok. V harap sangat malam ni, pupu V (entah pupu yang keberapa) yg mmg selalu berkunjung ke rumah ni dtg brsama anak dia yg plg hensem yg bagai magnet yg selalu menarik mata dan perhatian V utk terus-menerus memandangnya atau dalam erti kata gediknya, crush V dkt kpg ni. ehehe.. gedik? ya, V x nafikan. standardlah, derr. gadis normal yg kdg2 tak kuat imannya mmg x lari drpd hasutan setan yg membawa ke arah kegedikan. ahaha!

k, lah. gtg. org keliling dah mula pndg x puas hati dkt V yg drpd tadi duk rehat dgn incik lappy comel ni yg membuatkan V x senang duduk (k, tipu. sume org kat dapur, V dduk kat ruang tamu). ditambah lagi dgn abg V yg mula menggatai mata nak usha apa V buat. lagipun BoboiBoy dah start. babai!

Assalamualaikum, and byee~!

Wednesday, May 29, 2013

Kenangan :')

Assalamualaikum, and hyee~

hehe.. rajin V harini, kann? baru smlm post entry yg gatai-matai tu, harini nak post entry lagi ;D

actually V bukannya apa. just, nak luahkan perasaan dekat belog yg nk kte comei, x comei ni je. luah perasaan psal apa? cubalah teka? *WinkWink*

"Pasal crush dia lagilah tu,"

ehh, manada lahh! kan smlm dah ckp psal tu. eh. tapikann.. memang tadi V ada trnampak dia pun. dia siap jalan dpn V lagi masa nk turun tangga nak prgi rehat tadi. hee~ bangga? ofcoz!

happy? harus!

suka? heh, lagi mau tanya ka?

TAPI... bukan citer ni yg nak V share kat sini harini. tapi pasal kawan V yg dulunya kawan baik V.

"Hai,.. dulu je ke kawan baik? Sekarang apa cerr?"

hah! inilah yang nak V citer kat sini. dengar baca cerita hamba ini, ya.

nak dijadikan cerita, dulu, masa kat sekolah rendah, V ada sorang kawan baik(sbnrnya, bukanlah sorang je. ramai lagi. tapi, dlm citer ni V nak citer pasal dia). pendiam orangnya. kitorang memang rapat. lagilagi dekat sekolah agama. tapi..., semenjak dia pndh asrama masa form 1, kitorang dh x bercakap sgt dah. bukan sebab dia sombong. bukan! tapi, yelahh.. budak asrama, kan. faham2 jelah cemana life diorang. lepastu, setiap kali chat atau tweet dengan dia, that awkward feeling tu msti ada. padahal time sekolah rendah, walaupun pendiam, dialah antara kawan se-gila2 V. kitorang rehat sama2, share cerita sama2, luahkan apa yg dipendam dlm hati ni sama2. pokoknya, memang rapatlah! tapi sekarang ni memang macam orang luar. hurm.. sedih? mestilah. :"(

tadi V baru lepas stalk twitter dia. rapat gilaa dia dengan kawankawan baru dia tu. kadang2 V rasa macam dilupakan pulak. "heh, entah2 memang kau dilupakan pun, V. yelah, life dia dh maju skrg. mcm budak hot! kau? x gerak2 pun. lekat je dekat kawasan sini. dia sekolah MRSM. kau? heh, SMK je, sayangg. sebelah je dgn sekolah rendah korang tu,"

setiap kali baca tweet, mention, and entry blog dia pasal kwn2 and sekolah baru dia tu, jeles pun ada. tapi, walau bagaimanapun, V bersyukur dgn life V sekarang ni. kalau V x stay, mesti V takkan kenal dgn besties2 V yg 5 orang tu sekarang ni.V happy sangat dpt kawan and kenal dgn diorang. Thanks, korang. sayang korang ketat2 >.< ! harap aku takkan lupakan korang and persahabatan kita ni.

bukan sorang je kawan baik V yg dah x rapat dgn V, raamaiii lagi. yelah, masing2 bz so, dh lme x jmpe and cakap2. jadi, mstilah awkward, kan bila jmpe balek? tapi, still ada sorang kawan baik V yg pindah sekolah dekat kpg dia yg V rasa selesa bila bercakap atau text. nama comel dia, Dani. lelaki? ehh, taklah! perempuan. V mana rapat sgt dgn budak laki. nak bercakap pun segan. sebab apa tau, sebab diorang semua ni poyos2 belaka. cuma semakin menginjak dewasa (dewasalah sangat -,-) ni, baru V bercakap skit dgn mereka2 yg berlainan jantina dgn V ni. sebab apa tau, sebab diorang suka mengusik orang so, takkan V nak biar je diri diperlekeh, kan? memang tak, lah! pantang anak melayu menyerah kalah! tapi, kadang2 kalu kena usik, V tayang muka garang, tak pun lempar jeling tajam, tak pun, kalau tengah mood loyar buruk, apa lagi? berloyar buruklah, kann. ataupun V sindir kasi dia terasa. wohoho.. padan mukhe!

oklah, cerita dah habess. emosi pulak entry kali ni. sebak pulak. rasa nak nanges je time menaip entry ni tapi, takkan sekali2 seorang V menitiskan air jernih itu. tapi...! walau apapun, takkan aku lupakan kenanganku bersama2 kalian! InsyaAllah, memori itu akan kupahat dalam hati ini ketat2. kbhaii!

#p/s: rindu gilaa zaman sekolah rendah. lagilagi masa darjah enam a.k.a jahanam a.k.a zaman jahiliyah D':

Assalamualaikum.

yang sentiasa mengingati,
XXX
(Vie)